Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Grizzlies tewas kepada T’Wolves

    LOS ANGELES, 19 JAN – Minnesota Timberwolves memberikan segala-galanya pada suku keempat, memperoleh kemenangan 118-103 ke atas Memphis Grizzlies kelmarin, untuk mengekalkan pendahuluan Western Conference NBA mereka ke atas Oklahoma City Thunder, yang menewaskan Utah Jazz 134-129.

    Bintang Timberwolves, Anthony Edwards mencatat permulaan yang perlahan, menjaringkan 26 daripada 28 mata pada separuh masa kedua termasuk 12 mata pada suku keempat, apabila Timberwolves mengatasi Grizzlies 37-17.

    “Saya bermula dengan perlahan,” kata Edwards kepada penyiar TNT. “Saya tidak bersedia untuk bermain malam ini dan saya melihat jika saya tidak membawanya ke separuh masa kedua, kami tidak akan dapat memenangi perlawanan itu.”

    “Jadi saya memutuskan untuk mempercepat rentak,” katanya. “Saya tidak bersedia untuk bermain awal, jadi saya terpaksa berusaha.”

    Pemai tengah Timberwolves, Rudy Gobert menambah 17 mata, 10 rebound dan enam blocked, sementara Naz Reid menyumbang 20 mata dari bangku simpanan untuk membantu Timberwolves meraih kemenangan ke atas Grizzlies tanpa pemain bintang, Ja Morant, sepanjang musim ini kerana mengalami kecederaan.

    Jaren Jackson Jr. menjaringkan 36 mata dan Luke Kennard melakukan lima jaringan tiga mata untuk mengumpul 18 mata untuk Grizzlies, yang telah mendahului hampir sepanjang malam.

    Timberwolves meningkat kepada 30-11, dua perlawanan di hadapan Thunder, yang menundukkan Jazz di belakang 31 mata, enam rebound dan enam assist daripada Shai Gilgeous-Alexander. – AFP

    Edwards (kiri), dikawal oleh Roddy semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA pada 18 Januari di Minneapolis. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...