Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Groves nekad teruskan perjuangan akhir

    LONDON, 20 Feb – George Groves berikrar untuk melayakkan dirinya ke perlawanan akhir Super Series World Boxing pada bulan Mei akan datang meskipun mengalami kecederaan pada bahu selepas kemenangannya ke atas Chris Eubank Jr pada kejohanan separuh akhir Sabtu lalu.

    “Saya sembuh dengan cepat. Rahang saya pecah pada Mei lalu dan tidak lama selepas itu saya kembali menjalani latihan. Saya bersaing dua kali sejak itu,” kata Groves, setelah bahunya tercedera pada pusingan akhir selepas berjaya mendapatkan kemenangan sebulat suara ke atas Eubank.

    “Saya menjaga kesihatan, saya hidup dengan cara sihat dan ia membantu pemulihan. Perlawanan akhir semakin mendekat dan ini akan membuatkan badan saya pulih dengan cepat dan saya berasa sangat yakin.”

    Groves juga mempertahankan kejuaraannya dalam World Boxing Organisation super-middlewight menentang pesaingnya dan dijangka akan berhadapan dengan Callum Smith dari England atau Juergen Braehmer dari Jerman dalam perlawanan akhir WBSS.

    Tetapi petinju berusia 29 tahun itu bergelut untuk mempersiapkan dirinya.

    Tambahnya, dia akan membuat beberapa pemeriksaan, berjumpa dengan pakar dan akan menilai tempoh bagi pemulihan.

    “Saya tidak berasa sakit dan saya pasti ia merupakan petanda yang baik,” kata Groves.

    Smith dan bekas juara light-heavyweight Braehmer akan bertemu di Nuremberg Sabtu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda