Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gruyere dinobat keju terbaik dunia 2025

    BERN, SWITZERLAND, 14 NOV – Keju Gruyere buatan Switzerland dinobat sebagai Juara Dunia 2025 kelmarin selepas menewaskan lebih 5,000 pesaing dari 46 negara.

    Keju Vorderfultigen Spezial berusia 18 bulan, keluaran Bergkaserei Vorderfultigen, merangkul gelaran berprestij itu pada Anugerah Keju Dunia yang berlangsung di ibu negara Switzerland, Bern.

    Keju tersebut dihasilkan di sebuah ladang tenusu gunung di wilayah pra-Alps Gantrisch, terletak di selatan Bern.

    Hakim pusingan akhir, Perry Wakeman, menggambarkan keju itu sebagai jenis keju ‘yang mampu membuat orang teruja hanya dengan melihatnya’.

    “Ia adalah keju yang besar. Teksturnya menakjubkan dan keras ketika dipatahkan, namun kristal di dalamnya sangat halus. Ia luar biasa. Ia memberikan impak besar,” katanya.

    Ia merupakan penganjuran pertama pertandingan itu di Switzerland sejak diwujudkan pada 1988 oleh Guild of Fine Food yang berpangkalan di Britain, meskipun jenis keju Gruyere pernah memenangi gelaran utama sebanyak lima kali sebelum ini.

    Sebanyak 5,244 keju dipamerkan di atas meja panjang beralas putih dan diadili oleh 265 pakar antarabangsa terdiri daripada pembuat keju, cef, pembeli, penjual serta wartawan dari lebih 40 negara.

    Kira-kira 2,000 penonton hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut di dewan pameran Festhalle, Bern.

    Anugerah itu diwujudkan untuk mengingatkan dunia bahawa buatan keju kecil juga mampu menjadi yang terbaik. – AFP

    Keju Gruyere semasa edisi ke-37 Anugerah Keju Dunia di Bern, Switzerland pada 13 November. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda