Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    GSK beli firma AS, fokus rawatan kanser gastrointestinal jarang ditemui

    LONDON, 14 JAN – Syarikat farmaseutikal Britain, GSK, kelmarin mengumumkan persetujuan untuk membeli sebuah syarikat biopharmaseutikal berpangkalan di Boston, Amerika Syarikat, IDRx, yang mengkhusus dalam rawatan kanser gastrointestinal jarang ditemui, dengan nilai sehingga AS$1.15 bilion.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, GSK memaklumkan bahawa ubat utama yang sedang dibangunkan oleh IDRx, IDRX-42, direka khusus untuk merawat tumor stromal gastrointestinal (GIST).

    “Kami teruja dengan data awal yang ditunjukkan oleh IDRX-42,” kata Ketua Pegawai Saintifik GSK, Tony Wood.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDRx, Tim Clackson menyatakan bahawa rawatan bagi GIST tidak menyaksikan sebarang kemajuan besar dalam standard rawatan selama hampir 20 tahun.

    Beliau menambah, “Keupayaan pembangunan klinikal global GSK dan kehadiran komersial yang kukuh dalam bidang onkologi akan mempercepatkan pembangunan ubat inovatif ini.” – AFP

    Seorang juruteknik makmal dirakam semasa lawatan ke GSK di Rio de Janeiro, Brazil, pada 29 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda