Thursday, April 17, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    GT FT ‘A’ juara kejohanan futsal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada pagi tadi telah mengadakan Kejohanan Futsal Peringkat Akhir Sempena Sambutan Hari Guru ke-32, Tahun 2022 di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

    Pasukan GT FT ‘A’ menjuarai kejohanan tersebut setelah berjaya menewaskan pasukan KUPU SB dengan jaringan akhir 2-1. Pasukan UBD ‘A’ menduduki tempat ketiga diikuti dengan pasukan UNISSA ‘B’ di tempat keempat.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Naib Canselor, Universiti Brunei Darussalam,  Dr Hazri bin Haji Kifle. 

    Kejohanan futsal ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Guru ke-32 dengan tema ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’.

    Sebanyak 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menyertai kejohanan ini.

    Kejohanan futsal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan pegawai, guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan KHEU. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti para peserta yang berbakat dan berpotensi melalui pertandingan tersebut.

    Dr Hazri bergambar ramai bersama peserta kejohanan futsal di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam. – Gambar serahan Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda