HAGATNA, Guam, 15 Ogos – Pegawai Guam berasa ‘amat gembira’ hari ini apabila Korea Utara nampaknya berundur daripada ancamannya untuk menembak empat peluru berpandu ke wilayah AS di Pasifik barat.
“Tidak timbulnya sebarang petanda, berdasarkan apa yang kami dengar, bahawa terdapatnya serangan peluru berpandu pada masa depan,” kata gabernor leftenan Ray Tonorio.
Keselamatan Dalam Negara Guam George Charfauros mengetepikan laporan tentang gambar satelit yang menunjukkan Korea Utara sedang memasang peluru berpandu untuk pelancaran. Beliau berkata beliau percaya ia “hanya menunjukkan kekuatan” untuk menandakan perayaan Hari Pembebasan Korea Utara hari ini.
“Ia mungkin satu muslihat. Hari ini merupakan hari bersejarah untuk semenanjung Korea. Ia adalah Hari Pembebasan mereka. Korea Utara cenderung menggunakan simbolisme sebagai sebahagian daripada usaha membuat keputusan mereka.

“Kami berasa amat gembira bahawa Kim Jong Un telah berundur,” tambah beliau. CNN telah melaporkan satelit pengintip AS mengesan pelancar peluru berpandu Korea Utara dipindah dalam cara yang menandakan persediaan sedang dilakukan untuk melancarkan peluru berpandu.
Bagaimanapun, ketegangan mulai reda di Guam selepas Agensi Berita Korea (KCNA) di Pyongyang melaporkan Kim telah mengkaji rancangan untuk menembak peluru berpandu berhampiran Guam, tetapi tidak bertindak untuk melakukan pelancaran untuk masa terdekat ini. – AFP