BEIJING, 1 JULAI – Tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di wilayah Guangdong, selatan China untuk lapan hari berturut-turut, lapor suruhanjaya kesihatan kelmarin.
Menurut suruhanjaya itu, sejumlah 129 pesakit dibenarkan keluar hospital atau bebas kuarantin, sekali gus menjadikan angka pesakit menurun kepada 61 orang. Penularan wabak COVID-19 dikesan di bandar Guangzhou, Shenzhen dan Dongguan, wilayah Guangdong sejak 21 Mei.
Selepas melakukan ujian asid nukleik (NAT) terhadap semua penduduk di ketiga-tiga bandar itu, pihak berkuasa tempatan turut menjalankan beberapa pusingan saringan menyasarkan golongan tertentu bermula 22 hingga 29 Jun. – Bernama