Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Syarikat Guardian Brunei telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah RIPAS untuk menyokong Tabung Darah Negara Brunei Darussalam di G24 Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kelmarin.
Kempen berkenaan adalah selaras dengan nilai teras Guardian Brunei iaitu We Care Passionately dan We Do the Right Thing.
Kempen yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 3 petang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara berkala dan ianya dapat menyelamatkan nyawa serta membantu pesakit yang memerlukan.
Sebagai tanda penghargaan, semua penderma menerima cenderamata carekit daripada Guardian serta hidangan ringan selepas menderma.
Guardian Brunei, bersama Tabung Darah RIPAS mengajak pelanggan, kakitangan, dan orang ramai untuk turut serta dalam usaha murni ini. Dengan menderma darah, individu dapat membantu memastikan bekalan darah yang mencukupi di hospital dan pusat perubatan bagi keperluan kecemasan dan rawatan perubatan.