Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Guardian Brunei buka cawangan ke-27

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Guardian Brunei, hari ini, telah membuka cawangannya yang ke-27 di The Mall Gadong sekali gus menjadi kedai keduanya di gedung membeli-belah berkenaan.

    Perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh Haji Suhaimei bin Haji Besar dan Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Jennifer Yang.

    Sempena pembukaan itu, Guardian Brunei menawarkan beberapa promosi eksklusif di kedai berkenaan yang akan berlangsung sehingga pertengahan Mei depan.

    Antara promosi berkenaan adalah harga menarik bagi tiga pek Guardian Bodywash, beli satu percuma satu rangkaian Antegerm Handwash dan Rangkaian Losyen Boditalks serta potongan 30 peratus untuk jenama Jepun dan Korea seperti Kundal, SNP dan serta Mediheal.

    Pelanggan juga boleh mendapatkan hadiah percuma apabila membelanjakan pada jumlah minimum.

    Selain itu, cabutan segera juga diadakan apabila pelanggan membeli-belah di kedai berkenaan. Semua promosi dan cabutan bertuah berkenaan berakhir pada penghujung 31 Mei depan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Guardian Brunei bermatlamat untuk membuka tiga lagi kedai baharu tahun ini untuk menjadikan jumlah cawangannya kepada 30 di Negara Brunei Darussalam.

    Haji Suhaimei dan Jennifer Yang merasmikan cawangan terbaharu Guardian di The Mall, Gadong. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...