Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Dengan bulan Syawal bakal menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi, Guardian melancarkan acara ‘Guardian Raya Untuk Semua’ bermula hari ini hingga 17 April.
Pelancaran acara yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Sungai Hanching itu disempurnakan oleh Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang.
Dengan pelancaran itu, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan produk kecantikan dan kesihatan yang terkini pada harga menarik.
Acara itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti untuk pengunjung dan menawarkan hadiah-hadiah menarik daripada produk kecantikan, penjagaan kulit, baucar dan produk kesihatan.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk sudut kanak-kanak, sesi henna percuma, permainan, meneka muzik tradisional dan banyak lagi.
Acara turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian oleh Dayang Atiqah Mohamad, influencer kecantikan, yang akan mengongsikan panduan langkah rutin solekan dan keyakinan diri.
Sepanjang acara, Guardian akan menampilkan influencer setiap hari untuk mengongsikan tip penjagaan diri dalam sesi perkongsian kesihatan.
Selain itu, sempena Hari Raya Aidilfitri, Guardian Brunei turut menawarkan promosi sepanjang April dengan diskaun hingga 50 peratus bagi barangan kecantikan terpilih dan pelanggan juga berpeluang mendapatkan sampul hijau Raya bagi setiap perbelanjaan tertentu.



