Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardian sumbang 50 beg Guardiancare

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Guardian hari ini, telah menyumbangkan 50 beg Guardiancare yang mengandungi produk keperluan kebersihan dan vitamin, kepada Kementerian Kesihatan.

    Penyampaian sumbangan berkenaan juga merupakan kerjasama dengan rakan-rakan niaga mereka iaitu SP Setia Sdn Bhd yang menyumbangkan 10 kotak PPE dan Kingsley
    Medical Services yang menyumbangkan sarung tangan kepada kementerian berkenaan.

    Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya menerusi #Guardiancare yang memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama jenama Guardian iaitu kecantikan, kebersihan persekitaran dan komuniti.

    Inisiatif itu juga sejajar dengan matlamat pembangunan mampan global.

    Di bawah tunggak komuniti, mereka telah mula bekerjasama dengan Kementerian
    Kesihatan bagi Pusat Pensijilan ART di mana pelanggan yang belum bervaksin boleh
    menjalankan ujian COVID-19 dan mendapatkan sijil untuk memasuki tempat-tempat awam.

    Sumbangan yang dihulurkan oleh Guardian, SP Setia Sdn Bhd dan Kingsley Medical Services untuk Kementerian Kesihatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda