Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardian tawar pelbagai promosi produk kecantikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Para pengunjung bakal disajikan dengan lima hari penuh keseronokan, kecantikan dan kesejahteraan apabila Guardian kembali menyertai Pesta Pengguna dan Ekspo Perdagangan ke-31 yang berlangsung dari hari ini hingga 29 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Petak Guardian yang terletak di Dewan Plenari itu menampilkan pilihan jenama antarabangsa yang terkenal dalam bidang kecantikan dan kesihatan seperti jenama Airfit, Wellcare, Millions&Millions, Starbalm, Dododots, Skintific, Silkygirl, Good Virtues Co, Yukazan, &honey, Amino Mason, Mom Bath Recipe, Beauty of Joseon, Numbuzin, Anua dan banyak lagi.

    Buat pertama kalinya juga, Guardian turut memperkenalkan dua jenama penjagaan kulit yang sedang meningkat naik di peringkat antarabangsa iaitu Shake Baby dan Round Lab.

    Selain itu, pengunjung juga boleh melihat produk inovatif baharu bagi penjagaan kulit daripada jenama Dododots.

    Tidak hanya terhad kepada pameran produk, para pengunjung berpeluang mendapat perkhidmatan analisis kulit dan kulit kepala, tawaran istimewa bundle, hadiah percuma, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

    Aktiviti interaktif di petak Guardian sempena CFTE31. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pelbagai produk yang boleh didapatkan di petak Guardian sempena Pesta Pengguna ke-31. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda