Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Guardian, Wardah Beauty jalin kerjasama perniagaan kosmetik

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Guardian Health and Beauty (B) Sdn Bhd, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Negara Brunei Darussalam sangat teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan Wardah Beauty bagi acara solekan penuh eksklusif menerusi Wardah Beauty x Guardian Health and Beauty yang berlangsung di Memorea, The Walk, Beribi, petang tadi.

    Dalam acara tersebut para peserta turut berpeluang menyaksikan sendiri kuasa transformatif kosmetik Wardah Beauty dan mempelajari tip dan teknik yang begitu berharga daripada profesional-profesional industri.

    Kemuncak acara berkenaan ialah demonstrasi solekan yang menawan oleh jurusolek terkenal, Myra Nordin, yang berkongsi kepakarannya dan menunjukkan teknik penggunaan produk-produk inovatif dari Wardah Beauty. Selain demonstrasi solekan, acara itu juga menampilkan permainan dan aktiviti menarik yang membolehkan para peserta mempamerkan kreativiti mereka di samping berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

    Bermula dari cabaran solekan sehingga kuiz interaktif, mereka dapat menyelami suasana yang menyeronokkan sambil menerokai pelbagai rangkaian produk Wardah Beauty yang terdapat di kedai-kedai Guardian Health and Beauty.

    Dalam pada itu, Ketua Perniagaan di Guardian Health and Beauty (B) Sdn Bhd, Jennifer Yang, berkata daripada keperluan penjagaan kulit sehinggalah solekan yang mesti ada, Wardah Beauty mempunyai sesuatu untuk semua orang.

    Jennifer Yang bergambar ramai bersama pemenang. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Di Guardian, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan kepada pengguna Brunei sambil mengalami sendiri keseronokan dan keutamaan penjagaan diri dalam proses itu,” tambahnya.

    Sementara itu, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa di Paragon Technologies Innovation, Agung Andrian, menerusi rakaman video dalam talian turut berkesempatan mengucapkan tahniah kepada kumpulan Guardian atas usaha mereka sebagai penjual eksklusif kosmetik Wardah.

    Acara turut dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah yang mengikuti giveaway eksklusif menerusi Instagram Guardian beberapa hari lalu. Produk-produk Wardah Beauty terbaharu yang terdapat di kedai-kedai Guardian turut dipamerkan pada acara tersebut.

    Acara tersebut merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan di negara ini, menarik perhatian peminat kecantikan, pempengaruh dan profesional industri.

    Kerjasama antara kedua-dua jenama terkenal itu bukan sahaja mempamerkan trend terkini dalam solekan tetapi juga menyediakan platform untuk penggemar kecantikan berhubung dan berkongsi minat mereka terhadap kosmetik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...