Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola: City terus berjuang

    MANCHESTER, United Kingdom, 22 Feb – Pep Guardiola berjanji bahawa Manchester City akan terus berjuang apabila mereka melawat Monaco dengan kelebihan gol 5-3 pada pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara.

    City mempunyai kelebihan dua gol selepas perlawanan pertama luar biasa di Stadium Etihad pagi tadi di mana mereka bangkit daripada ketinggalan 2-1 untuk berada di depan 3-2 sebelum berjaya menundukkan Monaco sepenuhnya.

    Jaringan Monaco mendedahkan kegagalan serius barisan belakang City tetapi mengakui pasukannya perlu mengetatkan benteng, beliau berkata niat mereka pergi ke Stade Louis II nanti adalah untuk menyerang.

    “Mereka akan menyerang lebih banyak dan kami perlu untuk bertahan lebih baik. Tetapi kami pasti akan mendapat peluang,” kata pengurus City.

    “Kami akan terbang ke Monaco untuk menjaringkan gol seberapa banyak yang mungkin. Kami tidak akan mempertahankan keputusan ini.

    “Kini kami tahu antara satu sama lain. Kami akan menyesuaikan beberapa perkara, mereka pun akan menyesuaikan beberapa perkara, tetapi kami perlu menjaringkan gol. Jika tidak, kami akan disingkirkan.”

    Raheem Sterling memberikan City pendahuluan selepas 26 minit berikutan larian cemerlang Leroy Sane, tetapi sepakan longgar penjaga gol tuan rumah Willy Caballero membolehkan Monaco menyamakan kedudukan menerusi tandukan Radamel Falcao.

    Nicolas Otamendi yang acuh tak acuh dipersalahkan untuk gol kedua Monaco yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe dan kemudian menyebabkan penalti tetapi tendangan Falcao berjaya diselamatkan oleh Caballero.

    Sergio Aguero dan Falcao bertukar jaringan dengan mendapat manfaat daripada kesilapan besar penjaga gol Monaco Danijel Subasic sebelum City mendapat gear tambahan.

    Aguero menyempurnakan voli dari sepakan sudut David Silva menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-71 dan gol daripada John Stones dan Sane terus memacu pasukan Guardiola kepada kemenangan mutlak.

    Aguero telah diberikan kad kuning kerana sengaja merebahkan badan ketika menerima cabaran Subasic pada babak pertama, tetapi Guardiola enggan membincangkan kejadian itu, sebaliknya berkata: ‘Soalan seterusnya!’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda