LONDON, 26 FEB – Pep Guardiola menegaskan bahawa Kevin De Bruyne akan bersikap jujur sepenuhnya dengan dirinya sendiri ketika membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Manchester City.
Dekad penuh kejayaan De Bruyne bersama City mungkin berakhir apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini, dengan prestasi pemain berusia 33 tahun itu semakin merosot dalam tempoh 18 bulan terakhir.
Musim ini, De Bruyne hanya bermain 90 minit penuh dalam tujuh perlawanan, dengan 12 penampilan sebagai kesebelasan utama dalam 25 perlawanan liga, menjaringkan dua gol dan mencatat enam bantuan gol. De Bruyne kini dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Major League Soccer (MLS) atau Liga Pro Saudi.
Guardiola menyatakan bahawa keputusan akhir bergantung kepada bintang Belgium itu sendiri.
“Saya rasa dalam situasi ini, dia yang perlu membuat keputusan. Itu perkara paling penting.
“Dia akan benar-benar jujur dengan dirinya sendiri untuk menentukan apa yang dia rasa dan apa yang dia boleh lakukan dalam fasa seterusnya dalam hidupnya,” kata Guardiola. – AFP
