Thursday, January 2, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola masih belum mahu menyerah kalah

    LONDON, 29 DIS – Pep Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan Manchester City ketika dia berusaha keras untuk menamatkan kemerosotan prestasi pasukan juara itu.

    Guardiola baru-baru ini menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun tetapi prestasi buruk City telah menimbulkan persoalan mengenai masa depannya di Stadium Etihad.

    Mimpi ngeri sembilan kekalahan dalam 13 perlawanan, dengan hanya satu kemenangan dalam tempoh itu, telah menimbulkan cadangan bahawa pengurus City itu mungkin membuat keputusan untuk berhenti jika dia tidak dapat mencari jawapan kepada masalah pasukannya.

    Bagaimanapun, setelah membawa City memenangi enam kejuaraan Liga Perdana dalam tujuh musim lalu, Guardiola bertegas dia masih mempunyai semangat untuk mengubah keadaan itu.

    “Saya akan cuba dan teruskan. Kadang-kadang mereka fikir prestasi buruk akan berakhir lebih awal atau lebih mudah untuk diperbaiki, tetapi ia memerlukan lebih banyak masa.” – AFP

    Guardiola duduk di bangku simpanan sebelum perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Etihad di Manchester pada 26 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda