Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola: Mustahil ulang kejayaan City

    LONDON, 11 OGOS – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata semalam kejayaan treble yang luar biasa musim lalu adalah pencapaian ‘sekali seumur hidup’ ketika dia berusaha mengurangkan jangkaan menjelang kempen baharu.

    City, yang membida untuk menjadi pasukan pertama memenangi empat kejuaraan liga utama Inggeris berturut-turut, memulakan musim Liga Perdana di tempat lawan ke Burnley pada hari ini.

    Mereka akan menjadi pilihan untuk setiap pertandingan yang disertai tetapi Guardiola melaungkan amaran terhadap ulangan kejayaan musim lalu, yang turut menyaksikan City dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali pertama serta menjulang Piala FA.

    “Rasanya ia sudah selesai semalam tetapi kami mulakan semula,” kata Guardiola pada sidang media pra-perlawanan semalam.

    “Saya tidak fikir ia akan menjadi satu kemungkinan untuk melakukan apa yang kami lakukan musim lalu, ia sekali seumur hidup. Saya berkata kepada pemain untuk melupakannya.

    “Kami mencatat prestasi tertinggi musim lalu tetapi kami telah turun daripada tahap itu sekarang. Kami bermula dari tahap yang sama seperti orang lain, dengan niat yang sama dan terdapat banyak kesukaran untuk naik ke kemuncak semula.”

    Pengurus Sepanyol berusia 52 tahun itu menambah, “Apa yang telah kami lakukan kekal dalam hati dan fikiran kami tetapi ia sudah berakhir. Sejarah membuktikannya tetapi ia hampir mustahil untuk berulang.” – AFP

    Pep Guardiola (kanan) bergambar dengan trofi selepas memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris 2022 di Stadium Etihad di Manchester pada 22 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda