Guardiola pengurus terbaik

LONDON, 15 Mei – Bos Manchester City, Pep Guardiola mengetepikan Jurgen Klopp bagi satu lagi trofi buat kali kedua dalam masa tiga hari apabila pengurus dari Catalan itu dianugerahkan Pengurus Terbaik oleh Persatuan Pengurus-pengurus Liga.

City kendalian Guardiola mempertahankan gelaran Liga Perdana hujung minggu lalu, mengatasi Liverpool kendalian Klopp dengan hanya satu mata dalam perebutan gelaran yang menarik.

Bahkan Man City juga telah memenangi Piala Liga awal kempen ini, sekali gus mempunyai peluang untuk melengkapkan tiga gelaran domestik dalam bola sepak Inggeris apabila mereka berdepan Watford pada final Piala FA di Wembley nanti.

Guardiola mengungguli undian di depan Jurgen Klopp, pengurus Tottenham Mauricio Pochettino, yang menerajui Spurs bagi final Liga Juara-Juara pertama mereka, diikuti Nuno Espirito Santo dari Wolves, yang menamatkan di kedudukan ketujuh dalam musim pertama sejak kembali ke liga teratas itu. – AFP