LONDON, 20 Ogos – Bukti kelayakan gelaran Liga Perdana bagi Manchester City yang berwajah baru kendalian Pep Guardiola (gambar) menghadapi ujian awal musim Selasa ini apabila menerima kunjungan pasukan kendalian Ronald Koeman, Everton, ke Stadium Etihad.
Dengan sekitar 150 juta pound (AS$193.1 juta, 164.1 juta euro) bagi pemain-pemain baru diperkenalkan, City memastikan permulaan menarik dalam kempen ini dengan mencatatkan kemenangan 2-0 di Brighton dan Hove Albion pada hujung minggu lalu.
Tetapi Everton juga semakin kuat, dengan mengeluarkan perbelanjaan mereka melepasi 130 juta pound minggu ini dengan perpindahan rekod kelab 45 juta pound bagi Gylfi Sigurdsson, dan mereka menewaskan City 4-0 apabila kedua buah pasukan kali terakhir bertemu pada Januari lalu.
“Mereka adalah skuad terbaik dan mereka memiliki pemain-pemain yang penting,” kata Guardiola, pengurus City.
“Mereka kehilangan seorang pemain penting (Romelu) Lukaku, tetapi mereka mempunyai barisan pemain-pemain yang bagus, pemain tengah dan pemain penyerang. Mereka adalah salah sebuah pasukan yang terbaik dalam Liga Perdana, saya pasti dengan perkara tersebut.
“Sandro Ramirez dan Wayne Rooney sudah terbiasa beraksi dalam cara begitu. Mereka mempunyai pasukan pertahanan yang kuat. Mereka memiliki pemain hebat dan berbahaya dengan serangan balas.”
City tewas 4-0 di Goodison Park pada Januari lalu adalah kedudukan paling rendah dalam kempen penting Guardiola di England, yang berakhir dengan pasukannya ketinggalan 15 mata dari juara Chelsea di tangga ketiga.
Pasukan pelawat menguasai permainan 71 peratus dan mencatatkan 13 percubaan berbanding enam bagi Everton, tetapi mereka mensia-siakan serangan dan longgar ketika bertahan.
Dari penjaga gol dan empat pemain pertahanan yang bermula di Goodison, hanya pemain pertahanan, Nicolas Otamendi dan John Stones dijangka terlibat dalam persaingan esok. – AFP
Guardiola menggunakan tiga pemain pertahanan dalam pra musim dan di Brighton, dengan kapten pasukan, Vincent Kompany membawa banyak penguasaan diperlukan di bahagian pertahanan dan pemain baru Kyle Walker dan Danilo memberikan hantaran di bahagian tepi.
Bek baru Man City, Benjamin Mendy, masih belum bersedia untuk membuat kemunculan pertama kerana mengalami kecederaan paha. – AFP