Saturday, March 29, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola takut pasang impian

    LONDON, 4 OGOS – Pep Guardiola (gambar bawah) mendominasi saingan bola sepak Inggeris sepanjang kerjayanya sebagai pengurus Manchester City apabila memenangi lima daripada enam trofi domestik dalam tempoh dua musim lalu dan sekali lagi meletakkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai keutamaannya.

    City akan berdepan juara Liga Juara-Juara Liverpool pada perlawanan Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley sebagai tanda pembuka tirai saingan liga musim ini.

    Liverpool memenangi kejuaraan Eropah keenam hasil kemenangan ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi final pada Mei lalu.

    Bagaimanapun, Guardiola lebih gemar mengekalkan kecemerlangan pasukan itu dalam saingan domestik berbanding pentas Eropah.

    Pengendali berusia 48 tahun itu sudah memenangi lapan gelaran dalam tempoh 10 musim sebagai pengurus dan dia kini mahu mengulangi pencapaian ketika bersama Bayern Munich dengan menjuarai gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut.

    “Saingan Liga Juara-Juara adalah kejohanan penting dan sukar untuk dimenangi, namun, saingan itu ada tujuh perlawanan (pusingan kalah mati).

    Saya tidak mahu pergi ke kasino dan menaruhkan semua yang ada dalam poket saya terhadap tujuh perlawanan itu.

    “Saya mahu berasa gembira sepanjang 11 bulan dan Liga Perdana Inggeris membuatkan saya gembira. Apabila kami memenangi perlawanan, saya akan berasa gembira dan akan pergi ke restoran untuk meraikannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda