Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola urus perlawanan ke-200

    LONDON, 29 OKT – Pep Guardiola berkata dia ‘tidak berselindung’ mengenai kejayaannya semasa tempoh menguruskan Manchester City ketika dia bersedia untuk mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-200.

    Sejak tiba pada 2016, Guardiola telah membimbing City memenangi liga sebanyak tiga kali, menjulang Piala FA dan Piala Liga empat kali.

    Apa sahaja keputusan dicatat menentang Crystal Palace esok, Guardiola akan memenangi lebih banyak 200 perlawanan pertama di Liga Perdana Inggeris berbanding mana-mana pengurus untuk meraih pencapaian itu. Dia ketika ini merekodkan 146 kemenangan.

    “Saya sudah berada di sini selama beberapa tahun,” kata pengurus City itu, yang pasukannya ketika ini menduduki tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu, Chelsea.

    “Apabila awda menghampiri 200 perlawanan, awda memerlukan beberapa tahun dan ia bermakna awda telah memenangi perlawanan, tiada berselindung.

    Pep Guardiola merekodkan 146 kemenangan daripada hampir 200 perlawanan sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih di Manchester City pada 2016.- AP

    “Kami dinilai berdasarkan keputusan, bukan daripada betapa baik atau buruknya kami, hanya daripada keputusan. Sekiranya awda meraih pencapaian ini, ia adalah disebabkan kami melakukannya dengan pemain-pemain yang bagus.

    “Saya tidak mempunyai sebarang kekesalan. Saya tidak dapat meminta lebih daripada apa yang kami lakukan setakat ini. Mustahil. Saya gembira dengan apa yang kami usahakan bersama sepanjang tempoh ini. Saya berharap kami akan dapat terus bekerjasama dengan baik.”

    Pengurus Palace, Patrick Vieira kembali ke kelab di mana dia menamatkan kariernya sebagai pemain dan menjadi jurulatih, pertama kali bersama skuad pembangunan dan kemudian bersama kelab naungan Manchester City, New York City FC.

    City akan kembali bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkir dari Piala Liga semasa dikalahkan oleh West Ham menerusi penentuan penalti pada Rabu lalu.

    “Bermain dalam kejohanan ini sehingga memenangi banyak kali, ia adalah bukan perkara buruk untuk kami dalam kejohanan lain. Kami perlu membuktikan sekiranya ia adalah bagus atau sebaliknya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda