Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guatemala berkabung

    SOLOLÁ, Guatemala, 29 Mac – Sebuah trak yang melanggar sekumpulan penduduk asli Guatemala di lebuh raya, sehingga menyebabkan 18 orang terbunuh di negara Amerika Tengah itu telah menjadikan negara itu dilanda kesedihan mendalam.

    Kerajaan mengumumkan tiga hari berkabung selepas kejadian itu di bandar Nahuala, yang mempunyai penduduk kira-kira 65,000 orang.

    Sekumpulan orang berhimpun di jalan masuk bandar, tempat kejadian perlanggaran awal yang menyaksikan seorang pemimpin masyarakat setempat terkorban, apabila sebuah trak tiba-tiba muncul dengan lampu tertutup melanggar mereka.

    “Keseluruhannya, 18 kematian direkodkan dalam tragedi ini,” menurut jurucakap jabatan bomba, Cecilio Chacaj kepada AFP, memperbetulkan jumlah awal sebanyak 30 yang dilaporkan semasa awal kejadian.

    Pemandu trak pada mulanya melarikan diri tetapi jurucakap polis memberitahu media bahawa sebuah kereta peronda berjaya menahannya.

    “Selepas kejadian kejar-mengejar, anggota polis berjaya memberkas seorang lelaki yang didakwa bertanggungjawab atas kejadian langgar lari berdarah di Nahula,” jelas jurucakap polis itu. – AFP

    Saudara mara meratapi kematian salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian langgar lari yang mengorbankan 18 orang di Nahuala. – A FP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda