Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gubahan warna-warni anggerik

    SINGAPURA – ‘Pertunjukan Orkid: Fesyen Bunga’ ialah gabungan unik fesyen dan ciptaan bunga yang menyerikan suasana musim bunga di New York Botanical Garden.

    Pertunjukan itu merangkumi pelbagai jenis orkid yang berwarna-warni dan aksesori daripada sumber tumbuhan. Dan dengan dunia botani dijadikan sebagai ilham, pereka fesyen Hillary Taymour untuk Collina Strada, Olivia Cheng untuk Dauphinette dan Kristen Alpaugh, atau dikenali sebagai Flwr Pstl telah mencipta karya khayalan yang menelusuri perjalanan dan pengalaman di dalam kaca yang menjulang tinggi di Konservatori Enid A. Haupt.

    Apabila masuk, pengunjung melihat gaun bunga Dauphinette pada boneka pakaian yang tersusun dengan menarik di atas tangga cermin, dikelilingi oleh orkid, cycads, pakis dan pokok palma. Pakaian itu diperbuat daripada bahan hidup berwarna-warni, termasuk hiasan kepala tillandsia, atau tumbuhan air, dan rambut daripada huperzia, sejenis lumut kelabu tropika.

    Boneka patung Flwr Pstl mempunyai suasana tahun 60an dengan kaca mata hitam berwarna, warna-warna terang dan tumbuhan anthurium yang dicat berwarna-warni sebagai aksesori. Yang lain mempunyai kecantikan yang lebih halus, dengan satu patung disarungkan orkid yang diawet dan dicat dalam warna jingga dengan skirt air pancutan daripada teratai air.

    Galeri terakhir mempamerkan fesyen bunga Collina Strada menggunakan bahan kitar semula. Ciptaan termasuk pakaian elegan tanpa tali dari orkid rama-rama kecil.

    Orkid telah memberikan inspirasi kepada artis selama berabad-abad, dan pertunjukan ini menggalakkan awda untuk menyelami keindahan mereka. Pameran ini akan berlangsung sehingga 21 April. – AP

    Atas & bawah: Fesyen berinspirasi orkid Phalaenopsis daripada Collina Strada rekaan Hillary Taymour dalam ‘Pertunjukan Fesyen Bunga Orkid’ di Taman Botani New York. – AP

    Inspirasi alam semula jadi daripada Flwr Pstl hasil ciptaan Kristen Alpaugh dipamerkan di rumah kaca Enid A. Haupt untuk pertunjukan fesyen bunga orkid. – AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda