Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gudang pasar terbesar Paris terbakar

    PARIS, 25 SEPT – Gumpalan asap besar menjulang tinggi di Paris hari ini, daripada kebakaran sebuah gudang di pasaran keluaran tani yang membekalkan ibu negara Perancis dan wilayah sekitarnya dengan makanan segar.

    Anggota bomba menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri dari kawasan itu, di pinggir selatan Paris, semasa mereka menangani kebakaran di gudang di Pasar Antarabangsa Rungis.

    Belum ada laporan mengenai kecederaan.

    Lebih 12,000 orang bekerja di pasar borong itu dan gudang tersebut dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan laut, daging, produk tenusu dan bunga dari seluruh Perancis dan seluruh dunia. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda