Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gudang simpan beras bersubsidi RM2.1 juta dirampas

    PUTRAJAYA, 22 MEI – Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merampas 645.75 tan metrik beras bersubsidi bernilai RM2.1 juta dalam satu operasi di sebuah gudang di Sibu, Sarawak minggu lepas.

    KPKM dalam kenyataan hari ini berkata rampasan dibuat dalam Op Taring Bravo 3 yang dilaksanakan penguatkuasa KPB bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) pada 15 dan 16 Mei.

    Menurutnya pelbagai gred beras termasuk beras putih import (BPI) dirampas dalam operasi berkenaan, dan premis perniagaan itu pula didapati tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

    “KPB telah menyita stok beras itu berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi siasatan lanjut. Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat berkenaan, untuk melihat sama ada ia terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi iaitu beras putih import,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda