Wednesday, April 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gula-gula getah cegah jangkitan selesema, herpes

    FINLAND, 14 APRIL – Para saintis dari Finland dan Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sejenis gula-gula getah khas yang boleh ‘memerangkap’ dan meneutralkan beberapa virus influenza dan herpes.

    Apabila diminta memikirkan tentang perkara terbaik untuk melawan selesema dan herpes, kebanyakan orang mungkin tidak akan berkata ‘kunyah gula-gula getah’, tetapi menurut kajian baharu yang telah diterbitkan dalam jurnal Molecular Therapy, gula-gula getah boleh terbukti sangat berkesan untuk melawan virus tertentu.

    Menurut laporan Oddity Central, gula-gula getah gred perubatan yang dibuat terutamanya daripada serbuk kacang lablab yang dikisar daripada benih spesies Lablab purpureus, yang mengandungi protein perangkap virus semula jadi dipanggil FRIL, telah menunjukkan potensi besar untuk meneutralkan jenis virus tertentu, termasuk virus influenza dan herpes, dalam ujian makmal.

    Menurut Henry Daniell, PhD, seorang profesor di Sekolah Perubatan Pergigian UPenn, “Protein antivirus spektrum luas (FRIL) yang terdapat dalam produk makanan semula jadi (serbuk kacang) untuk meneutralkan bukan sahaja virus selesema manusia tetapi juga selesema burung dan hal ini merupakan inovasi yang tepat pada masanya untuk mencegah jangkitan serta penularannya.”

    Tambahnya lagi, “Dengan menyasarkan virus di mana ia merebak dengan paling cekap, dalam rongga mulut, produk ini boleh menangani jurang utama dalam penjagaan kesihatan.” – Agensi

    Saintis membangunkan gula-gula getah antiviral yang terbukti sangat berkesan untuk melawan virus tertentu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda