Oleh Aqilah HMS – Aku masih ingat malam itu dengan jelas, malam yang mengubah cara aku memandang rumah lama arwah nenek. Rumah papan usang yang terletak di hujung kampung, dikelilingi pokok rambutan tua dan semak samun yang makin menebal. Rumah itu sudah lama ditinggalkan selepas nenek meninggal dunia. Dulu, ia tempat kami sekeluarga berkumpul, tempat

