Pada 30 Ogos lalu, Gummi berkongsi berita di laman Instagram bahawa anak pertamanya telah dilahirkan.
Dalam catatan tersebut, dia mendedahkan bahawa dia telah melahirkan anak damit itu 13 hari lebih awal, tetapi anak damitnya sihat. Dia menambah bahawa anak damitnya itu kini berusia lapan hari.
Pada bulan Februari, Gummi mengumumkan bahawa dia hamil dan akan berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah lama dikenali, seorang ahli perniagaan bukan selebriti.
Anggota Crayon Pop menghadiri majlis perkahwinannya pada 23 Februari lalu. – Agensi
