Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna AI hasilkan resipi campuran kopi

    HELSINKI, 21 APRIL – Sebuah kedai kopi artisan yang berpangkalan di ibu negara Finland telah memperkenalkan campuran kopi yang telah dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) dalam satu ujian yang diharapkan teknologi tersebut dapat meringankan beban kerja dalam sektor yang secara tradisinya mengutamakan kerja manual.

    Adalah sesuai bahawa campuran ‘AI-conic’ Kaffa Roastery yang berpangkalan di Helsinki dilancarkan minggu ini di Finland, sebuah negara Nordik dengan 5.6 juta orang yang mengambil kopi paling banyak di dunia iaitu sebanyak 12 kilogram setiap orang setahun, menurut Pertubuhan Kopi Antarabangsa.

    Campuran itu — gabungan yang pilih oleh AI yang terdiri daripada empat jenis biji kopi yang didominasi oleh biji kopi lembut Fazenda Pinhal dari Brazil — adalah hasil akhir daripada projek bersama oleh Kaffa, kilang kopi ketiga terbesar di Finland, dan firma perunding AI tempatan, Elev.

    “Memanfaatkan model yang serupa dengan ChatGPT dan Copilot, AI ditugaskan untuk mencipta adunan yang sesuai dengan cita rasa peminat kopi, mencabar batasan gabungan perisa konvensional,” kata Elev.

    Pengarah urusan dan pengasas Kaffa Roastery, Svante Hampf memberitahu The Associated Press kelmarin bahawa kedua-dua rakan kongsi itu ingin menguji bagaimana AI dan alat-alatnya yang berbeza boleh membantu dalam pemanggangan kopi, satu profesion artisan tradisional yang sangat dihargai di Finland.

    “Kami pada asasnya memberikan penerangan tentang semua jenis kopi kami dan perisanya kepada AI dan mengarahkannya untuk mencipta gabungan baharu yang menarik,” kata Hampf, sambil mengetengahkan ‘AI-conic’ di Festival Kopi Helsinki yang setiap tahun menghimpunkan pemanggang dan penggemar kopi. – AP

    Hampf menunjukkan pakej campuran kopi ‘AI-conic’ yang dihasilkan oleh AI di Helsinki, Finland, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda