Memiliki keinginan untuk tetap cantik tetapi tiada masa merupakan dilema yang dialami kebanyakan wanita berkerjaya.
Namun itu tidak bermakna awda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu.
Tidak dinafikan, ia bukanlah semudah yang disangka, tambahan lagi jika sudah memiliki keluarga sendiri.
Pun begitu, tidak bermakna awda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu Justeru, pada artikel ini, SinarPlus ingin kongsikan cara mudah dan murah, tetapi membantu kaum hawa untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.
Untuk tampil cantik, wanita tidak hanya semata-mata mendapatkan rawatan di salun, sebaliknya boleh melakukannya di rumah dengan cara yang mudah. Antaranya:
1- Rajin minum air
Banyak sekali manfaat yang boleh diperoleh jika kita rajin minum air, di mana selain menjaga kesihatan kulit, air membantu memberi kesegaran pada mata dan memberi tenaga.
Air secara alami juga melarutkan racun sehingga membantu mengurangkan masalah terhidrat. Pengambilan air yang bersih dan mencukupi juga mampu mengelakkan seseorang itu mendapat jangkitan penyakit.
2- Minyak zaitun baik untuk kulit
Minyak zaitun merupakan pelembap yang sangat baik untuk kulit. Ia mengandungi vitamin E dan antioksidan yang membantu melindungi kulit.
Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit dan tahan lama serta sesuai dengan semua jenis kulit.
Caranya cukup mudah, sapukan sedikit minyak zaitun ke wajah setelah dibersihkan lalu urut dan lihat perbezaannya!
Guna bahan alami untuk rawatan
Menyentuh mengenai rawatan, awda tidak hanya perlu mengharapkan produk-produk kecantikan yang ada dijual di kedai-kedai kerana awda boleh saja menggunakan bahan-bahan alami yang ada di dapur.
Kisar pisang dan susu, lalu sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit cerah bersinar.
Selain menggunakan pisang dan su-su, awda boleh menyapukan madu pada wajah dan leher selama 20 minit, lalu basuh dengan air sejuk.
Kulit akan kian berseri, lembut dan terasa halus.
Selain itu, awda juga boleh mencampurkan tiga sudu teh baby oil dan dua sudu teh gula.
Lalu gosok pada kaki, tangan, atau bahagian tubuh lain dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam dan lihat hasilnya.
Awda juga boleh menggunakan campuran secawan gula dengan satu sudu makan air perahan lemon segar atau limau nipis.
Ketika mandi, sapukan pada tubuh dan wajah yang dicampur bersama mandian, setelah itu, gosok tubuh dan muka dengan campuran tersebut. – Agensi