Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna bahasa ibunda

    Baru-baru ini, saya berkesempatan mengunjungi Program Bandarku Ceria bersama keluarga.

    Memandangkan cuti persekolahan sudah bermula, inilah masanya untuk ibu bapa membawa anak-anak bercuti meskipun hanya dalam negara. Pada penghujung Oktober lalu, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja di ibu kota telah dibuka semula.

    Dengan pembukaan itu, ia dapat menambah pengetahuan kepada mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang industri minyak dan gas negara.

    Alhamdulillah dengan pencapaian itu, sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat khususnya orang awam termasuk saya sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah minyak dan gas negara.

    Bagaimanapun, sebagai seorang pengunjung mungkin tidak salah untuk saya memberi sedikit pandangan terhadap hab tenaga berkenaan.

    Paparan video animasi yang dikatakan penulis menggunakan audio Bahasa Inggeris. – Gambar serahan penulis

    Ketika mula memasuki pameran itu, para pengunjung akan dapat melihat teks-teks mengenai sejarah negara, minyak dan gas dan sebagainya.

    Teks-teks yang dipaparkan terlalu panjang dan banyak untuk dibaca satu persatu. Berkemungkinan pihak relevan menyediakan satu imbasan kod QR yang menampilkan audio bagi penjelasan paparan teks yang dipamerkan bagi memudahkan pengunjung.

    Perkara kedua yang saya ingin sentuh di sini mengenai paparan video sejarah minyak yang ditayangkan.

    Alhamdulillah, penyediaan kawasan yang luas untuk menayangkan video berkenaan cukup memberangsangkan. Namun, apa yang saya ingin tegur di sini, video animasi tersebut menggunakan audio berbahasa Inggeris dan malah Bahasa Melayu dijadikan sari kata.

    Sedangkan kita mengetahui bahasa ibunda kita Bahasa Melayu, kenapa tidak digunakan sebagai bahasa utama?

    Walaupun tujuannya memudahkan para pelancong luar atau mereka yang tidak faham berbahasa Melayu, namun sebaiknya Bahasa Melayu diutamakan dan bahasa asing dijadikan sari katanya.

    Sementara itu, nasihat saya pada para pengunjung adalah untuk menghargai pameran berkenaan.

    Apa yang menyedihkan usia pameran yang baru saja ditayangkan dua bulan itu sudah mengalami kerosakan atau kemungkinan vandalisme.

    Disebabkan itu, pihak relevan perlu mengupah penjaga bagi memastikan pengunjung tidak melakukan kerosakan harta benda pada pameran tersebut.

    Pengunjung hab

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda