Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna dana China naik taraf jalan nasional Kemboja

    KAMPUNG SPEU, 26 DIS – Kemboja merasmikan projek melebarkan dan menaik taraf Jalan Nasional No. 41 dengan dana China hari ini bagi menangani peningkatan aliran trafik jalan raya.

    Jalan sepanjang 95km itu terletak kira-kira 37km barat daya ibu kota Phnom Penh, melalui empat wilayah Kampung Speu, Kandal, Takeo dan Kampot.

    Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian mempengerusikan majlis pecah tanah itu, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

    Hun Sen berkata jalan itu akan lebih memudahkan perjalanan dan pengangkutan barang.

    “Orang ramai akan mendapat manfaat besar dari jalan ini, yang merupakan nadi utama ekonomi penting kerana ia menghubungkan ke wilayah pantai Kampot,” katanya.

    “Jalan itu akan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan pengurangan kemiskinan di Kemboja.”

    Hun Sen melahirkan rasa terima kasihnya kepada kerajaan dan rakyat China kerana telah memberikan sejumlah besar bantuan kepada Kemboja untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan.

    Menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Awam Kemboja, projek itu dibiayai dengan pinjaman daripada kerajaan China dan dilaksanakan oleh China Road and Bridge Corporation. Projek itu dijangka mengambil masa 40 bulan untuk disiapkan. – Xinhua

    Perdana Menteri Kemboja (kanan) bersama Duta China ke Kemboja pada majlis pecah tanah peluasan jalan di Kampung Speu, Kemboja pada 26 Disember. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda