Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna dron bantu selamatkan anak rusa

    EGHEZEE, BELGIUM – Dron yang dikendali oleh Cedri Petit terbang di atas padang di Belgium. Dia mengesan satu titik putih pada skrin kawalan: seekor anak rusa berbaring di rumput tinggi – bakal diselamatkan daripada bahaya.

    Empat tahun lalu, pencinta hidupan liar berusia 40 tahun tersebut mengasaskan sebuah kumpulan dengan misi mudah: ‘Saving Bambi’ menolong para petani mengelak daripada terserempak mamalia kecil atau sarang burung dikisar tanpa sengaja oleh jentera mereka.

    Petit dan rakannya akan menerima panggila sebelum musim menuai, dan pada kebiasaanya pada minit akhir serta bekerja tanpa meminta upah. Mereka akan menggunakan dron yang dilengkapi dengan kamera sensitif haba untuk mencari binatang dalam bahaya dan mengalihkannya ke hutan berdekatan yang selamat.

    “Kemalangan semakin kerap berlaku – kerana itulah kami di sini,” jelas Petit, berjalan menerusi padang alfalfa, tanaman yang dimakan oleh haiwan, selepas tugas menyelamatkan binatang pada waktu subuh di Eghezee, bahagian tengah Belgium.

    “Disebabkan cuaca yang sukar diramal dikaitkan dengan perubahan cuaca, tanaman tumbuh sepanjang tahun, dan musim menuai menjadi semakin awal, termasuk akhir April dan Jun, yang merupakan masa melahirkan anak rusa,” kata Petit, seorang yang lahir dalam keluarga petani.

    Petit semasa menyelamatkan seekor rusa yang dikesan dengan dronnya di padang rumput Mehaigne di wilayah Namur. – AFP
    Petit menunjukkan pada skrin dronnya seekor rusa yang bersembunyi di rumput panjang di padang rumput. – AFP
    Seekor rusa yang berjaya diselamatkan oleh Petit di padang rumput Mehaigne. – AFP
    Gambar AFP
    Petit menggunakan dron untuk mengesan rusa bersembunyi di rumput tinggi padang rumput Mehaigne di wilayah Namur. – AFP
    Gambar AFP

    Dikendalikan di seluruh Belgium dan kejiranan Luxembourg, persatuannya menyatakan bahawa mereka telah menyelamatkan 834 ekor anak rusa tahun lepas – meningkat daripada 353 dari tahun sebelumnya.

    Usaha murni tersebut adalah bersandarkan contoh dari Jerman dan Switzerland, yang mana rangkaian sukarelawan yang lebih besar menjalankan kerja-kerja menyelamat setiap tahun sepanjang kawasan pertanian yang luas.

    Operasi Belgian yang dijalankan Petit berkembang sekitar sekitar 80 pengendali dron yang mengorbankan waktu mereka pada bila-bila masa semasa enam minggu paling kritikal tahun tersebut – sama seperti Petit, mereka bekerja semasa kerja pagi mereka.

    Untuk mendapatkan pemandangan luas ladang tersebut, pengendali menerbangkan dron mereka pada ketinggian sekitar 70 meter (239 kaki) – dengan teliti cuba mengesan seekor anak rusa terperangkap di atas tanah.

    Baru berusia beberapa minggu, kaki binatang-binatang tersebut masih lemah untuk menampung berat badannya sendiri, menjadikannya terdedah sepenuhnya kepada mesin potong rumput besar.

    Pada pagi itu di Eghezee, sensor dron tersebut mulanya mengesan seekor arnab sedang memakan alfalfa, kemudian seekor rusa jantan merayau-rayau di sekitar kawasan rumput.

    Selepas itu, Petit mengesan seekor anak rusa sedang tidur, terperangkap seperti sebiji bola kecil.

    Dia mendekatinya, dengan sarung tangan dan tong kecil berisi rumput kering, untuk penempatan semula binatang tersebut dengan berhati-hati.

    “Rusa kecil ini berkemungkinan berusia seminggu setengah atau dua,” kata Petit.

    “Sekarang kami perlu memindahkannya ke kawasan selamat di pinggir hutan, di mana ibunya boleh menemuinya.”

    Kebanyakan penyelamatan membabitkan anak rusa, di mana ibunya memindahkan anaknya dari hutan ke ladang selepas dilahirkan yang membolehkannya berjemur cahaya matahari dalam hari pertama yang penting dalam kehidupan.

    “Anak rusa tidak kuat, seperti anak-anak kuda, dan boleh mengikuti ibu-ibunya sejurus selepas dilahirkan.

    Selain memperjuangkan kesejahteraan haiwan, ‘Saving Bambi’ juga membantu mengelakkan keracunan botulisme untuk ternakan – satu risiko di mana ia memberi makan daripada jerami dicemari bangkai binatang.

    “Itu merupakan masalah besar yang lebih baik dielakkan,” jelas Bernard Debouche, petani yang memanggil Petit pada misi awal pagi.

    Sebelum mengetahui mengenai sistem pengesanan, Debouche akan menemui sisa-sisa anak binatang terperangkap dalam bilah-bilah selepas memotong rumput di ladangnya – satu “pengalaman yang tidak menyenangkan,” kenangnya.

    “Kami biasanya terus pergi ke hadapan tanpa melihat, dan kadang-kadang kami tidak melihatnya – rusa itu sangat kecil,” katanya.

    “Dan tiada siapa mahu melihat rusa kecil dihancurkan oleh jentera mesin rumput,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda