Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna helikopter sambut roket yang jatuh

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 3 MEI – Menggunakan helikopter untuk menyambut roket jatuh merupakan tugas amat kompleks sehingga Peter Beck menyamakannya dengan ‘balet supersonik’.

    Rocket Lab, syarikat yang ditubuhkan Beck, melancarkan aksi menakjubkan itu hari ini ketika ia mempromosi untuk menggunakan semula roket Electron. Namun selepas menangkap roket tersebut, kru helikopter terpaksa melepaskannya atas sebab-sebab keselamatan, dan ia jatuh ke Lautan Pasifik di mana ia dikutip oleh bot yang sedang menunggu.

    Syarikat berpangkalan di California itu sering melancarkan roket 18 meter dari Semenanjung Mahia di New Zealand untuk menghantar satelit ke angkasa lepas.

    Hari ini, roket Electron dilancarkan pada pagi dan menghantar 34 satelit ke orbit sebelum bahagian penggalak mula jatuh ke Bumi. Penurunannya menjadi perlahan kepada kira-kira 10 meter sesaat oleh payung terjun.

    Itulah masanya kru helikopter bertindak, menggantung tali panjang dengan cangkuk di bawah helikopter untuk menyangkut tali payung terjun penggalak. Kru berjaya menangkap roket tetapi muatan di helikopter melebihi had parameter daripada ujian dan simulasi, maka mereka terpaksa membuangnya sekali lagi.

    Namun syarikat menyifatkan aksi di udara pada 1,980 meter oleh helikopter Sikorsky S-92 sebagai satu peristiwa bersejarah. Ia berkata proses menjadikan roketnya boleh diguna semula membolehkan syarikat menambah jumlah pelancaran dan mengurangkan kos.

    Syarikat Elon Musk SpaceX telah membangunkan roket orbit boleh diguna pertama, Falcon 9. – AP

    Gambar serahan Rocket Lab menunjukkan sebuah helikopter terbang ketika ia cuba merakam peringkat pertama Electron di udara di New Zealand kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda