KUCHING, 17 SEPT – Kaedah perolehan secara tender prakelayakan merupakan antara langkah yang diambil bagi pemilihan kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dalam usaha mempercepatkan pembinaan lebuh raya itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau telah mencadangkan penggunaan kaedah berkenaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya bagi menyegerakan pembinaan lebuh