Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Guna kaedah tender prakelayakan segerakan pembinaan LBP – Fadillah

    KUCHING, 17 SEPT – Kaedah perolehan secara tender prakelayakan merupakan antara langkah yang diambil bagi pemilihan kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dalam usaha mempercepatkan pembinaan lebuh raya itu.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau telah mencadangkan penggunaan kaedah berkenaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya bagi menyegerakan pembinaan lebuh raya yang melibatkan jarak keseluruhan 1,492 kilometer.

    Beliau yang juga penyelaras bagi projek mega berkenaan berkata dengan melaksanakan tender secara prakelayakan, ia dapat memastikan kontraktor yang dilantik adalah diyakini, sekali gus tidak menjejaskan proses pembinaan lebuh raya itu.

    “Sebab kadar perolehan kalau kita buat secara tender terbuka, ia akan mengambil masa lama terutamanya kalau tender itu masuk banyak, jadi saya telah cadangkan prequalified tender. Maknanya tender akan dibuka dengan meletakkan syarat.

    “Kontraktor yang memenuhi kriteria akan dikenal pasti dan sesiapa yang layak nanti baru akan dipanggil memasuki tender yang sebenar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Karnival Sara Hidup peringkat Sarawak di Dewan Hikmah di sini, hari ini.

    Fadillah berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini sempena Hari Malaysia 2023 semalam, yang menugaskan timbalan perdana menteri itu untuk menyegerakan pembinaan LPB daripada jangkaan tempoh yang telah ditetapkan. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Jualan Rahmah Bergerak pada penganjuran Karnival Sara Hidup di pekarangan Dewan Hikmah kelmarin. Turut sama Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...