Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna kambing biri-biri buat simbol hati untuk mendiang ibu saudara

    CANBERRA, AUSTRALIA, 26 OGOS – Seorang petani Australia yang tidak dapat menziarahi acara pengebumian ibu saudaranya disebabkan sekatan pandemik mendapat alternatif baharu untuk memberi penghormatan terakhirnya dengan menghimpunkan puluhan kambing biri-biri dan membuat bentuk hati.

    Video yang diambil menggunakan dron menunjukkan kambing biri-biri bunting meragut barli di ladang kecil dalam menyatakan kasih sayang Ben Jackson buat ibu saudaranya yang tercinta, Auntie Deb yang turut ditonton oleh tetamu hadir di acara pengebumiannya di bandar Brisbane di negeri Queensland minggu ini.

    Jackson ketika itu menjalani perintah berkurung di sempadan negeri di ladangnya di Guyra di negeri New South Wales, 430km jauhnya.

    “Ia juga mengambil masa lama untuk mendapatkan yang terbaik…dan keputusan akhir apa yang anda lihat, hampir-hampir menyerupai simbol cinta,” kata Jackson hari ini.

    Jackson mula bereksperimen untuk mereka bentuk menggunakan kambing untuk melegakan tekanan haiwan ternakan semasa musim kemarau teruk di seluruh Australia yang bermula pada bulan-bulan terawal pandemik. – AP

    Imej yang diambil dari video menunjukkan kambing membentuk simbol hati (cinta) di sebuah ladang di Guyra, New South Wales, Australia pada 5 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda