Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Guna krayon seludup dadah ke luar negara

    GEORGE TOWN, 17 MEI – Tindakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara, berjaya dibongkar polis susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di tepi jalan di George Town, di sini Khamis lepas.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata ekoran penahanan lelaki berusia 25 tahun pada 11:30 malam itu, polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

    Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Lebuh Sungai Pinang di sini dan merampas syabu seberat 1.02 kilogram (kg) serta ketamin 77 gram (g) bernilai RM48,636, dan pelbagai peralatan membungkus semula dadah.

    “Berdasarkan siasatan, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna dengan memotong bahagian bawah krayon itu dan mengisinya dengan dadah seberat tujuh gram bagi setiap satu batang krayon.

    “Setiap bungkusan yang mengandungi 48 batang (krayon) dengan lebih 300g dadah bernilai RM30,000, akan dihantar ke luar negara menggunakan syarikat kurier.

    “Difahamkan dadah tersebut jika dijual di luar negara harganya lebih dua kali ganda nilai pasaran kita,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama

    Pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam empat serbuan di sekitar daerah Timur Laut pada 12 Mei hingga 14 Mei dipamerkan kepada para pengamal media ketika Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong mengadakan sidang media kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...