Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna mahkamah cabar PM UK

    LONDON, 29 OGOS – Penggantungan parlimen oleh Perdana Menteri Boris Johnson beberapa minggu sebelum tarikh perpisahan Britain dengan Kesatuan Eropah (EU) berdepan cabaran undang-undang hari ini susulan satu kemarahan besar daripada pro Eropah dan ahli-ahli parlimen yang menentang Brexit.

    Pemimpin konservatif itu mengumumkan keputusan mengejut itu kelmarin dengan mendakwa ia adalah perlu bagi membolehkannya mengejar agenda baharu yang ‘berani dan bercita-cita tinggi’.

    Tetapi tindakan itu telah menyebabkan kejutan besar di seluruh sistem politik British. Para penentang melabel penggantungan itu sebagai ‘rampasan kuasa’ dan ‘satu kezaliman perlembagaan’.

    Ia sekali gus mendorong kepada satu usaha mahkamah di London dan Edinburgh untuk menghentikan proses itu.

    Gina Miller, seorang usahawan wanita dan pekempen anti-Brexit, berkata dia memohon bagi satu penilaian juri untuk mencabar ‘kesan dan tujuan’ penggantungan itu.

    “Kami fikir permintaan itu adalah salah di sisi undang-undang,” kata Miller, yang pada 2017 memenangi hak bagi ahli-ahli parlimen untuk mengundi secara rasmi bagi meninggalkan EU di mahkamah.

    “Tiada contoh dalam sejarah moden apabila ‘prorogation’ digunakan dengan cara sebegini,” katanya kepada radio BBC. – AFP

    Satu tunjuk perasaan telah diadakan berdekatan dengan bangunan Parlimen di London, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda