Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Guna produk inovatif baiki jalan

    LABUAN, 10 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan akan melaksanakan kaedah pembaikan jalan berlubang yang baharu menggunakan produk inovatif, XINLU Carpet Patch.

    Pengarah JKR Labuan, Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata XINLU Carpet Patch ialah produk inovatif terbukti berkesan sebagai alternatif untuk pembaikan jalan berlubang.

    “Produk ini telah menjalani kajian dan ujian ketahanan selama tiga tahun, dan pada November 2023 ia diluluskan oleh JKR Malaysia sebagai tampalan kekal,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata kaedah pembaikan jalan berlubang menggunakan produk ini mudah dilaksanakan di lokasi dan menjimatkan masa kerja kerana mengurangkan masa penutupan jalan. “Dengan ketahanan tinggi yang boleh mencapai hingga dua tahun, ia menjadi pilihan utama bagi syarikat konsesi lebuh raya di Semenanjung Malaysia menggunakan produk ini,” katanya.

    Mohd Faizul berkata produk itu hanya mengambil masa 15 minit untuk menyelesaikan kerja tampalan lubang pada jalan, berbanding cara konvensional yang memerlukan hampir sejam dengan mengambil kira penggunaan pelbagai mesin dan peralatan.

    “Satu demonstrasi penampalan menggunakan kaedah ini diadakan di Jalan Persekutuan dan dihadiri wakil daripada pengedar produk berkenaan, Borneo Mechanical Engineering Sdn Bhd.

    “Turut menyaksikan demonstrasi itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bersama-sama jurutera daripada Bahagian Jalan JKR Labuan pada 7 Jun lepas,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Mohd Faizul (kanan). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...