Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna racun kawal monyet perkara ‘biasa’

    BALING, 11 JULAI – Seorang ahli keluarga pemilik kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, mendakwa penggunaan racun bagi kawalan haiwan perosak adalah perkara biasa bagi pekebun sekitar kawasan berkenaan.

    Pemuda berumur 35 tahun itu berkata kebanyakkan penduduk sekitar sedia maklum mengenainya memandangkan kewujudan haiwan liar terutamanya monyet memang terlalu banyak di kawasan itu dan sering merosakkan tanaman mereka.

    Merujuk kepada kejadian kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat mengambil makanan ringan yang dicampur racun tikus, beliau berkata keropok bercampur racun memang biasa digunakan bagi menangani masalah haiwan perosak berbanding buah-buahan kerana penggunaan buah-buahan dikhuatiri akan melibatkan haiwan ternakan lain seperti lembu.

    Beliau berkata adiknya yang berumur 34 tahun memberitahu bahawa makanan ringan yang dicampur racun tikus biasanya diikat tinggi, kira-kira 1.2 meter pada pagar kebun di kawasan laluan monyet dan jauh dari sebarang laluan.

    “Susah untuk budak tarik atau capai melainkan ada orang dewasa yang ambil atau ditarik monyet dan jatuh di tepi jalam. Tapi kalau orang dewasa ambil, mereka akan perasan bungkusan itu tak sempurna, sudah ada kesan dibuka dan diikat dengan getah dan tali, jadi tak mungkin mereka akan ambil,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Banggol Berangan malam tadi.

    Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3 dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2 kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di kampung berkenaan Ahad lepas.

    Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi kelmarin adiknya masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan masih belum sedar. – Bernama

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda