NEW DELHI, 30 JUN – Seorang ibu dan anak perempuan warga India ditetak hingga mati oleh tiga lelaki kerana didakwa menggunakan ilmu sihir di kawasan terpencil timur negara, kata polis semalam.
Wanita berusia 50 tahun dan anak perempuannya dipukul oleh jiran mereka sebelum diserang dengan pisau pada malam Rabu di daerah Barat Singhbhum di negeri Jharkhand.
Polis berkata keluarga mangsa terbabit dalam perbalahan tanah dengan salah seorang tertuduh, yang menggunakan dakwaan ilmu sihir sebagai alasan untuk melakukan jenayah itu.
“Salah seorang tertuduh memberitahu penduduk kampung bahawa wanita adalah perempuan sihir dan bertanggungjawab atas kematian dan penyakit dalam kampung.
“Mereka menyerang wanita pada malam dan membunuh mereka dengan kejam,” beritahu ketua polis daerah Indrajit Mahatha kepada AFP.
Suami wanita itu memfail satu aduan ke atas tertuduh yang sedang melarikan diri, katanya. – AFP