Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna skuter larikan barang kemas AS$2.4j

    PARIS, 28 JULAI – Seorang lelaki bersenjata menggunakan skuter semalam untuk merompak kedai barangan kemas terkenal di Paris, Chaumet dalam rompakan berani petang semalam, kata sumber yang rapat dengan kes itu.

    Perompak mencuri barang kemas bernilai dan batu berharga di antara dua juta dan tiga juta euro (AS$2.4 – AS$3.6 juta) selepas merempuh masuk dalam kedai berhampiran jalan Champs-Elysees pada kira-kira 5 petang, menurut sumber.

    Tanpa menggunakan senjata, lelaki itu juga melarikan diri menggunakan skuter dari kedai, kata sumber.

    Chaumet, kini membentuk sebahagian daripada pembuat barangan mewah terkenal dunia LVMH, terkenal dengan kedainya di Place Vendome, yang dirompak pada 2009 dengan batu permata bernilai 1.9 juta euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda