Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Guna tablet dalam urusan jemaah haji

    Saya terbaca satu berita mengenai penggunaan tablet digital dalam urusan ibadat haji baru-baru ini oleh negara jiran.

    Penggunaan teknologi berkenaan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini membolehkan pemeriksaan lawatan kesihatan dari bilik ke bilik dilaksanakan dengan lebih pantas, tersusun dan menyeluruh.

    Melalui tablet yang dilengkapi dengan internet, petugas kesihatan dapat mengakses laporan kesihatan dalam sistem dari negara asal dan amat memudahkan berbanding memeriksa buku rekod cara manual.

    Saya berharap negara kita boleh melihat dan mencontohi kejayaan negara tersebut memandangkan musim haji yang semakin hampir dan cabaran kesihatan yang bakal dihadapi oleh jemaah lebih-lebih lagi pada musim panas melampau masa ini.

    Mungkin sistem sedemikian boleh diintegrasikan dengan sistem BruHealth yang sedia ada dengan menambah ciri-ciri baharu.

    Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan syabas terhadap sistem daftar haji dalam talian yang telah dilancarkan awal tahun ini.

    Semoga langkah-langkah memanfaatkan penggunaan teknologi digital sebegini dapat melaksanakan urusan pentadbiran dengan lebih cekap dan pantas.

    Awang Haji

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Program sekolah berkembar kukuh hubungan Brunei-Singapura

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Berita Berkaitan

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Program sekolah berkembar kukuh hubungan Brunei-Singapura

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    KPop Demon Hunters layak dicalonkan terima Anugerah Oscar

    Filem animasi popular, KPop Demon Hunters telah selangkah lebih...

    Terkini

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Program sekolah berkembar kukuh hubungan Brunei-Singapura

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    5 pelajar terima biasiswa pendidikan ke Singapura

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...