Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna teknologi lindung maklumat

    NEW YORK, 12 Jan – Syarikat kongsi kereta Uber mengesahkan semalam bahawa ia memiliki teknologi untuk melindungi data syarikat itu ketika penguatkuasa undang-undang menyerbu pejabatnya di luar AS.

    Jurucakap Uber, Melani Ensign berkata peralatan itu tidak lagi digunakan, berkebolehan mengunci komputer dan telefon pintar serta menukar kata kuncinya jauh dari ibu pejabat syarikat itu di San Francsico.

    Bloomberg melaporkan semalam, Uber telah menggunakan peralatan yang dikenali sebagai Ripley sejak musim bunga 2015 hingga hujung 2016 di beberapa bandar termasuk Paris, Hong Kong, Brussels, Amsterdam dan Montreal.

    Bloomberg berkata beberapa orang pekerja Uber merasakan sistem itu menghalang penyiasatan yang sah, manakala sesetengah orang percaya penggunaannya adalah wajar apabila polis datang dengan tidak membawa waran atau permintaan data spesifik yang mencukupi.

    Gambar bertarikh 21 Jun 2017 menunjukkan bangunan yang menempatkan ibu pejabat Uber di San Francisco. Laporan yang dikeluarkan mengatakan Uber menggunakan teknologi canggih semasa serbuan pihak berkuasa di luar AS untuk menyimpan maklumat syarikat dari penguatkuasaan undang-undang. – AP

    Penggunaan peralatan itu menimbulkan persoalan untuk Uber kerana syarikat itu pada masa lalu menggunakan versi palsu untuk menggagalkan pihak berkuasa. Perisian ‘Greyball’ dikenal pasti pengawal selia yang cuba memancing dalam cubaan untuk mengumpul bukti pelanggaran undang-undang tempatan. Kenderaan mereka akan dibatalkan atau tidak akan tiba. Ia turut melaporkan bahawa Jabatan Keadilan sedang menyiasat sama ada Uber menggunakan perisian secara haram untuk mengesan pemandu pesaingnya Lyft.

    Bloomberg turut melaporkan pihak berkuasa di Montreal yang mencari bukti pada Mei 2015 bahawa Uber telah melanggar undang-undang cukai.

    Penggunaan Uber dalam Ripley bermakna mereka tidak memperoleh sebarang maklumat, akan tetapi Uber bekerjasama dengan waran carian kedua dan bersetuju untuk mengutip cukai wilayah untuk setiap perjalanan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda