Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna wang palsu beli alat mainan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan wang palsu untuk membeli pistol mainan.

    Tidak ada pengakuan direkodkan dari Sudiman bin Mat Yassin, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pemangku Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.

    Tertuduh didakwa menggunakan wang palsu $500 untuk membeli pistol mainan berharga $280 di kawasan letak kereta Taman Permainan Jerudong Park pada 2 Mac 2018 sekitar jam 10 ke 10:30 malam.

    Dia turut didakwa memiliki enam keping wang kertas palsu $100, tujuh keping $50, $20 sebanyak 10 keping, sekeping $10, 14 keping wang kertas palsu RM50 dan sembilan keping RM10 dalam keretanya pada 28 Ogos 2018 jam 9:48 malam.

    Kesalahan tertuduh memperuntukkan hukuman penjara dari 10 hingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Qhairul Azim bin Nayan membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman bagi siasatan lanjut.

    Kes akan disebut semula pada 8 September 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda