Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunakan ilmu hadapi cabaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Para graduan Program Pembangunan Belia diharap akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari serta pengalaman yang diperoleh untuk menghadapi cabaran dalam bidang kerjaya mereka. Di samping itu, kejayaan dalam menamatkan kursus masing-masing adalah hasil usaha gigih mereka dengan sokongan padu daripada ibu bapa, penjaga dan keluarga serta hasil tunjuk ajar daripada tenaga-tenaga pengajar yang komited dan berdedikasi.

    Perkara itu dinyatakan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan (Ketua Pusat Pembangunan Belia), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh dalam kata alu-aluannya pada Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia ke-19, bagi Sesi Januari 2017 dan Julai 2017 yang berlangsung di Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia (PPB), hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah pelatih terbaik ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; timbalan-timbalan setiausaha tetap di KKBS, tenaga pengajar dan kakitangan PPB serta ibu bapa dan keluarga para graduan yang diraikan.

    Dayang Fauziah dalam kata alu-aluannya lagi menyatakan bahawa pada majlis berkenaan, seramai 186 orang graduan menerima sijil tamat kursus iaitu seramai 74 orang bagi sesi Januari 2017 dan seramai 112 orang bagi sesi Julai 2017.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bergambar ramai bersama Awang Muhammad Noor Haswandi dan ibu bapanya.
    Dayang Fauziah ketika menyampaikan kata alu-aluannya.
    Para graduan yang diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia Ke-19, Bagi Sesi Januari 2017 dan Julai 2017 di Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia, kelmarin.

    Pada majlis itu juga, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan telah menyempurnakan penyampaian Hadiah Terbaik Keseluruhan Sesi Januari 2017 kepada Dayang Siti Jumaanah Faariah binti Awang Jaya dan Hadiah Terbaik Keseluruhan Sesi Julai 2017 kepada Awang Muhammad Noor Haswandi bin Noor Hassan.

    Kriteria pemilihan para penerima hadiah terbaik keseluruhan adalah berdasarkan kepada pencapaian pembelajaran dan disiplin sepanjang mengikuti kursus serta perkembangan terkini mereka setelah menamatkan program yang diikuti.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Awang Muhammad Noor Haswandi menyatakan perasaan gembira dan bersyukur kerana terpilih menerima hadiah terbaik keseluruhan yang menunjukkan bahawa usahanya selama ini membuahkan hasil dan amat berbaloi.

    Beliau juga menyatakan penghargaan kepada ibu bapa serta keluarga yang banyak memberikan dorongan kepadanya dan juga para tenaga pengajar PPB atas ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dikongsi di mana ia banyak membantunya dalam pekerjaan sehariannya.

    Beliau turut menyatakan hasrat untuk melanjutkan lagi pengajian pada masa akan datang serta menaruh minat untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.

    Dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak sumber tenaga kerja yang berkualiti sama ada di peringkat separuh mahir mahupun mahir yang diperlukan dalam kalangan belia bagi memberikan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada keperluan perkembangan dan kemajuan ekonomi negara, KKBS melalui PPB sentiasa menilai permintaan pasaran pekerjaan bagi memastikan keserasian kursus dengan permintaan pasaran.

    Pada masa yang sama, PPB juga sentiasa berusaha meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan rakan strategi melalui konsep 3P iaitu Public
    Private Partnership dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan pelatih yang berkualiti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/