Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunakan kit ART diluluskan Kem. Kesihatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Orang ramai diingatkan untuk hanya menggunakan kit antigen rapid test (ART) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan berlakunya keputusan false negative kerana ia memberi jaminan palsu (False Assurance).

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara ini semasa memberi respons berhubung ada yang mengatakan ujian ART boleh memberi keputusan salah untuk varian Omicron.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, apa yang penting bila membuat penilaian terhadap kit ART ini, mestilah dilihat apa jenis

    ART dan kit ART yang dibenarkan di negara ini, ia mempunyai hasil ujian yang bagus.
    Beliau turut mengingatkan untuk memahami kit ART ini selain faham keputusan yang ujian ART itu bukan menunjukkan keputusan 100 peratus ketepatan tapi ia adalah 90 peratus ke atas.

    Ketika mengulas lanjut mengenai dengan maksud false negative ini, ia sebenarnya positif tapi keputusan ART menunjukkan negatif.

    Beliau seterusnya menambah, terdapat juga keputusan ART yang false positive tapi tidak banyak yang mana false positive bermaksud, ART menunjukkan keputusan positif tapi bila melakukan swab PCR, ia menunjukkan negatif.

    “Jika berlaku keputusan false positive, ia boleh dilakukan dengan swab PCR untuk memastikan ia benar-benar positif atau sebaliknya tapi apa yang takuti apabila keputusan memberikan false negative kerana ia memberi jaminan palsu,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda