Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunalah teknologi lariskan jualan bulan Ramadan ini

    Bulan Ramadan merupakan ‘lombong emas’ bagi peniaga-peniaga gerai makanan dan bazar Ramadan.

    Namun, tahun ini amat berbeza dari tahun-tahun yang sudah kerana tahun ini bazar Ramadan dan gerai tepi jalan ditiadakan dan ditegah.

    Ini bagi mengelakkan berlakunya perkumpulan ramai bagi membendung COVID-19. Namun baru-baru ini terdapat peniaga-peniaga yang masih membuka gerai-gerai dan kem-kem di tepi jalan untuk berniaga. Walhal, pihak kerajaan sudah melarang untuk berjaja secara terbuka dan mengesyorkan menggunakan perniagaan secara dalam talian.

    Memang tidak dinafikan ada sesetengah peniaga dengan berniaga di tepi jalan itu merupakan sumber harian untuk digunakan sebagai pendapatan dan modal untuk berniaga. Tetapi ikutlah saranan kerajaan untuk meniadakan sebarang aktiviti perniagaan secara terbuka. Bukan semua orang pandai menggunakan media sosial? Itu bukanlah sesuatu yang dapat dijadikan alasan. Kita boleh meminta bantuan daripada ahli keluarga, rakan, jiran atau sesiapa sahaja untuk membantu mempromosikan jualan melalui secara dalam talian.

    Sebagai contoh, salah seorang peniaga yang berusia di mana saya selalu melanggan air tebu jualan beliau setiap bulan Ramadan kini boleh dibeli secara dalam talian. Walhal, beliau seorang yang tidak tahu menggunakan media sosial beliau rajin bertanya dan kini beliau dapat berjual seperti biasa.

    Saya akui memang sukar untuk mendapat juadah berbuka setelah bazar Ramadan, Pasar Malam Gadong dan gerai-gerai tepi jalan ditiadakan. Namun, dengan adanya jualan secara dalam talian dapat membantu mendapatkan juadah berbuka yang diinginkan.

    Ahli Teropong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda