Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunners mara, Evra karate penyokong

    PARIS, 3 Nov – Arsenal mara ke pusingan 32 terakhir awal pagi tadi ketika Evra dilayangkan kad merah kerana menyepak salah seorang peminat Marseille sendiri sebelum perlawanan dimulakan.

    Arsenal kendalian Arsene Wenger mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Red Star Belgrade di Emirates tetapi mata tersebut sudah cukup untuk memastikan kelayakan ke pusingan kalah mati dengan berbaki dua perlawanan dalam Kumpulan H.

    Jack Wilshere, yang diperhatikan oleh pengurus England, Gareth Southgate, memiliki peluang terbaik tetapi menyaksikan sepakannya pada separuh masa kedua dikeluarkan dari atas garisan.

    Keputusan itu memastikan Gunners melanjutkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua persaingan kepada 16 perlawanan.

    “Jika anda tidak dapat memenangi perlawanan, jangan kalah. Kami tidak gembira dengan satu mata, tetapi kami akan menerimanya,” kata Wilshere.

    Pemain Arsenal, Jack Wilshere (kanan) cuba menahan asakan pemain Red Star, Filip Stojkovic dalam aksi Kumpulan H Liga Europa di Stadium Emirates. – AP

    Pemain pertahanan veteran Marseille, Evra diarah keluar padang selepas melakukan sepakan gaya karate ke atas salah seorang penyokong pasukannya sebelum beraksi perlawanan menentang Vitoria Guimaraes di Portugal.

    Bekas bintang Manchester United, Evra, 36, terlibat dalam perdebatan hangat bersama sekumpulan peminat dari kawasan yang dikhaskan bagi sekitar 500 penyokong Marseille sebelum melakukan sepakan ke arah salah seorang daripada mereka.

    “Pat seorang yang berpengalaman, dan dia tidak seharusnya memberikan tindak balas, ia adalah jelas,” jurulatih Marseille, Rudi Garcia yang menyaksikan pasukannya tewas 1-0 dan Boubacar Kamara diarah meninggalkan padang tiga minit sebelum tamat perlawanan.

    “Patrice lebih dari seorang pemain berpengalaman. Anda tidak seharusnya memberikan tindak balas kepada hinaan yang teruk meskipun mereka datang dari salah seorang penyokong kita.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda